Pendedahan Hubungan Israel–Malaysia

Polemik kenyataan Anwar kepada WSJ

Berhubung isu kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong keselamatan Israel yang disiarkan dalam The Wall Street Journal (WSJ) bertarikh 26 Januari 2012, Datuk Seri Anwar Ibrahim melafazkan kata sokongan kepada segala usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel dengan merujuk kepada syarat besar bahawa ia bergantung sekiranya Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin. Selain itu, Anwar berhenti untuk mengatakan bahawa beliau akan membuka ikatan hubungan diplomatik bersama Israel.[33]

Walaubagaimanapun, media massa arus perdana di Malaysia, dilihat hanya mengambil baris perkataan "sokongan kepada segala usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel" sebagai perkara utama dan perkataan itu diperbesar-besarkan dan dihebohkan.[34][35] [36]

Pada 16 Februari 2012, Anwar menyifatkan pendirian beliau mengenai isu Palestin adalah selari dengan pandangan pimpinan dunia Islam seperti kerajaan Arab Saudi yang diungkapkan menteri luarnya, Putera Saud al Faisal dan pemimpin Jordan, Raja Abdullah.

Anwar mengulas mengenai isu jaminan keselamatan Israel bukan perkara baru, namun menegaskan ia perlu mematuhi syarat untuk memberi keadilan dan keamanan kepada rakyat Palestin terlebih dahulu.

Anwar berkata, “Saya tuntas mendukung aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat.

“Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, perdana menteri Palestin.”

Anwar berkata, beliau memahami pendirian PAS mengenai isu itu namun menegaskan KEADILAN turut berkongsi hasrat yang sama untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur.

Anwar menjelaskan selepas suatu pertemuan di Qatar, Doha bersama pemimpin Palestin Khalid Mashaal, Anwar mengulangi dokongan kuat terhadap perjuangan Palestin melalui pertubuhan Hamas dan Fatah.

“Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama di Doha hari ini. “Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dukungan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin. Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf.” [37]

Membangkang kenyataan Anwar tersebut, Timbalan Pengerusi Biro Politik Hamas Dr Mousa Abu Marzouk berkata Hamas tidak sesekali mengiktiraf rejim Zionis sebagai Israel yang merupakan negara yang ditubuhkan secara haram.Menurut Dr Mousa, "Pendirian kami dengan Israel tidak pernah dan tidak akan pernah berubah. Walau apa jua sebab sekalipun, Hamas tidak akan mengiktiraf Israel.Dr Mousa berkata lagi, kewujudan negara Israel telah campur tangan dengan pentadbiran dan mengancam keselamatan dan kesucian Masjid Al-Aqsa.

"Ketamakan Israel tidak pernah berhenti. Ia akan berterusan mencapai sasarannya untuk meluaskan (wilayahnya) ke tanah Palestin, lagipun Hamas akan berterusan berjuang untuk membebaskan Palestin."[38]

Dalam perkembangan lain, Utusan Malaysia telah mendedahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menandatangani surat lobi pada 2007 supaya kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengutamakan konsep two state solution atau penyelesaian dua negara bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin. Melalui konsep itu, dunia perlu mengiktiraf penubuhan negara Israel yang sah dan juga Palestin di mana Jerusalem menjadi ibu kota kedua negara dengan kawasan kejiranan Israel akan menjadi milik Israel manakala kawasan kejiranan Arab jatuh di bawah kedaulatan Palestin.

Pendedahan tersebut telah didedahkan oleh sebuah blog AnwarAID dengan entri bertajuk Bukti Sokong Israel: Annapolis Summit – Anwar Jadi Tali Barut Presiden Bush itu, ketika itu, Anwar merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa International Crisis Group (ICG), sebuah badan antarabangsa tajaan George Soros.

“Dalam mesyuarat ICG di Vancouver, Kanada, pada Mac 2007 yang turut dihadiri Anwar, organisasi itu meluluskan resolusi two state solution dan menggesa negara-negara Islam khususnya dunia Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel sebagai jalan penyelesaian terbaik menamatkan konflik Israel-Palestin.

“Menurut ICG, inilah cara penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan krisis Israel-Palestin seperti mana yang diperakui oleh UN Security Council Resolutions 242 (1967) & 338 (1973), the Camp David Peace Accords (1978), The Clinton Parameters (2000), the Arab League Initiative (2002), dan the Roadmap (2003), the Quartet (UN, US, EU and Russia) iaitu mengiktiraf negara Palestin yang merdeka dan dalam masa sama dunia Islam mengiktiraf negara sah Israel,” kata blog AnwarAIDC. Menurut blog tersebut, resolusi ICG ini dipersetujui oleh kesemua anggota ahli mesyuarat yang hadir termasuk Anwar dan Soros.[39]

Pendedahan surat Mahathir kepada PM Israel

Pada 1 Mac 2012, Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar Malaysia telah menyiarkan surat yang ditulis oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel iaitu Yitzhak Rabin pada tahun 1993; Benjamin Netanyahu pada tahun 1997; dan Ehud Barak pada tahun 1999. Kandungan surat boleh dirujuk di laman arkib berita Utusan Malaysia. Menurut Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman berkata ketiga-tiga surat itu ialah bagi menyangkal dakwaan pembangkang yang sebelum ini mendakwa, Dr Mahathir pernah menghantar sepucuk surat kepada Israel ketika beliau menjadi Perdana Menteri untuk melindungi kenyataan Anwar dalam akhbar Wall Street Jorunal (WSJ) yang mempertahankan usaha melindungi keselamatan Israel.[40]

Menurut Hanifah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melawat Melaka pada 24 Februari 2012 dan Sekinchan, Selangor pada 26 Februari 2012 telah menyatakan kesediaan Kerajaan Malaysia untuk menyiarkan kepada umum beberapa pucuk surat Mahathir kepada Perdana Menteri Israel.

Menurut Hanifah, Malaysia telah secara konsisten memberi sokongan sepenuhnya terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk mencapai satu penyelesaian yang adil dan komprehensif terhadap konflik Palestin-Israel dan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat. Kandungan surat-surat tersebut jelas menunjukkan pendirian yang berprinsip dan ketegasan Malaysia terhadap tindakan haram dan kekejaman Israel yang telah menggugat pelaksanaan proses damai, dan gesaan beliau kepada Israel untuk memenuhi obligasinya dan melaksanakan semua perjanjian yang telah dimeterai di antara Palestin dan Israel.

Beliau berkata ini termasuk Perjanjian Oslo yang ditandatangani oleh Allahyarham Yasser Arafat bagi pihak Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Shimon Peres dari Israel pada 13 September 1993 berhubung Principles and Mutual Recognition (Prinsip dan Pengiktirafan Bersama) antara Israel dan PLO.

Anifah berkata sebagai Perdana Menteri pada masa itu, Dr Mahathir tidak pernah menyatakan sokongan beliau kepada Israel, mahupun terhadap keselamatan negara tersebut, dan surat-surat beliau, sama ada secara tersurat atau tersirat, tidak sesekali menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Kesediaan Malaysia untuk mengadakan hubungan dengan Israel adalah tertakluk kepada pelaksanaan sepenuhnya oleh Israel (terhadap) semua resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan, termasuk permohonan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB berdasarkan sempadan 4 Jun 1967, dengan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara Palestin. Ini merupakan pendirian Malaysia selama ini.[41]

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun terus mendakwa bahawa pendedahan mengenai surat ditulis oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada 3 orang Perdana Menteri Israel, membuktikan sikap kepura-puraan Mahathir selama ini. Ini kerana pada masa yang sama, menurut Saifuddin, Dr Mahathir dan Perdana Menteri seterusnya, Datuk Seri Najib Tun Razak ada menjalinkan hubungan berterusan dengan Israel. Was-was dengan ketelusan surat tersebut, Saifuddin menyatakan “Malah hasrat ini dilahirkan menerusi tulisan tangan di dalam suratnya kepada Yitzhak Rabin.”[perlu rujukan]

Berdasarkan surat yang ditulis kepada Yitzhak Rabin, Mahathir menyatakan kesediaan untuk menjalinkan hubungan dengan Israel ‘pada masa sesuai’ di samping melihat kemajuan ketara dalam proses perjanjian damai.

Surat itu ditulis bagi memaklumkan sokongan mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata kerajaan Malaysia juga selama ini mengambil sikap berat sebelah dalam isu Palestin dengan hanya mengiktiraf Fatah, tanpa mengambil kira peranan Hamas yang dipilih rakyat Palestin.[42]

Saifuddin menegaskan (hubungan sulit dan pendedahan isi surat membuktikan kerajaan Umno-BN tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan Israel.

Saifuddin mendakwa bahawa sikap kepura-puraan itu diteruskan oleh Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang melantik APCO sebagai perunding kerajaan dengan bayaran RM77 juta setahun. “Antara penasihat APCO merupakan Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel.”[43] Tetapi dalam kenyataan tersebut sendiri mengakui bahawa Doron Bergerbest-Eilon bukanlah pemilik APCO, oleh itu dakwaan tersebut adalah tidak berasas.

Rujukan

WikiPedia: Hubungan Israel–Malaysia http://www.4d2u.com/viewcom.php?s=&lang=M&forumno=... http://www.aku-sempoi.com/2009/02/penguasaan-israe... http://www.anwaraidc.com/?p=22239 http://www.anwaribrahimclub.com/forum/index.php?to... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://chegubard.blogspot.com/